Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjaja ikan, Zamizan Anis ketika ditemui pemberita di Serian pada Selasa. Foto TVS

Tengkujuh: Jejaskan bekalan ikan laut, harga meningkat

SERIAN, 9 Jan: Musim tengkujuh ketika ini telah menjejaskan bekalan ikan dari laut di sekitar Serian.

Seorang penjaja ikan, Zamizan Anis mengakui dirinya dan golongan nelayan yang lain mengalami kekurangan bekalan ikan laut kebelakangan ini.

Menurutnya pada masa ini mereka terpaksa bergantung kepada bekalan ikan dari kolam bagi menampung kekurangan bekalan ikan segar.

“Ada kurang sikit ikan laut, ikan kolam mungkin ada lah.

“Tidak berapa banyak lah bekalan kami untuk ikan laut.” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sini, pada Selasa.

Zamizan turut mendedahkan susulan musim tengkujuh harga ikan laut juga didapati meningkat ekoran bekalan yang terhad.

“Kalau ikan kurang, harga ada mahal sikit manakala pada waktunya ikan banyak, ada murah sikit harganya,” jelasnya.

Untuk rekod, musim Monsun Timur Laut telah bermula sejak 11 November 2023 dan dijangka berakhir pada Mac depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan