Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph selepas menyampaikan taklimat persiapan akhir atlet Zon Selatan sempena SUKSAR Edisi Ke-3 2024, di Serian, hari ini. Foto: Teo Chi Wei
Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph bercakap pada sidang media selepas menyampaikan taklimat persiapan akhir atlet Zon Selatan sempena SUKSAR Edisi Ke-3 2023, di Serian, hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

SUKSAR Sibu platform lahir pelapis SUKMA Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

SERIAN, 9 Jan: Sebanyak 13 acara sukan bakal dipertandingkan pada Sukan Sarawak (SUKSAR) di Sibu yang bermula pada 15 hingga 18 Januari ini.

Ketua Kontinjen Zon Selatan SUKSAR, Caroline Cleophas Joseph berkata, SUKSAR kali ini bakal menjadi platform pencarian bakat atlet Sarawak sebagai pelapis Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bakal berlangsung di negeri ini pada Ogos kelak.

“Kedua, ia adalah untuk membantu persatuan dalam penganjuran pertandingan, ketiga, untuk memperkenalkan sukan teras ke setiap zon.

“Antara lain, adalah untuk menyediakan program pendedahan bagi atlet pelapis SUKMA dan seterusnya untuk penyediaan pegawai-pegawai teknikal bagi sukan-sukan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Taklimat Persiapan Akhir Atlet Zon Selatan sempena SUKSAR Edisi Ke-3 2023 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Residen Bahagian Serian berkata, seramai 367 orang dari Zon Selatan bakal menyertai sukan berkenaan yang melibatkan 74 orang pengurus pasukan dan 293 orang atlet yang meliputi bahagian Serian, Samarahan dan Kuching.

Ujarnya, Zon Selatan merupakan juara keseluruhan bagi edisi SUKSAR sebelum ini dengan pungutan pingat sebanyak 55 emas, 46 perak dan 31 gangsa.

Caroline mendedahkan pihaknya berharap untuk menjuarai temasya SUKSAR tahun ini berikutan optimis atlet baharu yang dilatih kali ini merupakan bakat-bakat yang masih muda serta dari peringkat sekolah menengah.

“Jadi, kita berharap agar dapat mencungkil bakat seawal yang mungkin dan harapan saya ialah agar kita (Zon Selatan) akan terus menjuarai sukan SUKSAR edisi ke-3 pada kali ini,” katanya.

Untuk rekod, 13 acara yang dipertandingkan ialah sukan angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju, taekwando dan wushu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan