Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama

Rang undang-undang bagi penubuhan agensi tunggal sempadan negara sedang dirangka

ByBernama

PUTRAJAYA, 9 Jan: Satu rang undang-undang (RUU) sedang dirangka bagi merealisasikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Jemaah Menteri telah memberi persetujuan kepada cadangan diadakan RUU bagi menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, beliau berkata ketika ini terdapat 23 agensi bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), 14 agensi di Kompleks Sultan Abu Bakar dan sembilan di Rantau Panjang.

“Tujuan kerajaan mewujudkan SBA merupakan keputusan yang betul supaya sistem penyampaian menjadi cekap dan pantas, meningkatkan koordinasi antara agensi dan menambah baik isu integriti,” katanya.

Susulan keputusan Jemaah Menteri itu, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulakan kerja bagi merangka RUU berkenaan dan ia dijangka dibentang di Parlimen suku pertama tahun ini.

Penubuhan SBA diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan