Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan udara Pelabuhan Bintulu. Foto Pejabat Premier Sarawak

Penyerahan Pelabuhan Bintulu jadi sumber pendapatan baharu Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 9 Jan: Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak pada Jun ini berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu kepada wilayah ini.

Langkah berkenaan juga dilihat ‘menyegarkan’ kembali semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini.

Pelabuhan Bintulu diserahkan kepada Sarawak Jun ini

Beliau berkata, keputusan itu juga akan mampu mengatasi cabaran membabitkan kos bagi projek besar yang dilaksanakan di sini.

“Sarawak memerlukan hasil baharu kerana projek seperti Transit Aliran Autonomi (ART) dan Lebuh Raya Pesisir Pantai melibatkan kos overhead yang besar setiap tahun.

“Ini menuntut pencarian pendapatan baharu sebagai komitmen jangka panjang selain memastikan projek-projek ini lebih bersifat mampan serta tidak mengganggu kewangan Sarawak,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Semalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan – Negeri yang dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke mencapai kata sepakat untuk menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak pada Jun ini.

Mengulas lanjut, Dzul Hadzwan menyifatkan penyerahan pelabuhan berkenaan penting agar infrastruktur perdagangan di Sarawak bergerak lebih produktif, efektif dan efisien.

“Ini membabitkan perdagangan dalam dan luar negara.

“Contohnya, jika terdapat keperluan untuk menambah baik sistem pelabuhan itu kerana peningkatan operasi, kita tidak perlu lagi merujuk kepada Putrajaya dan menunggu peruntukan yang memakan masa yang agak lama,” jelasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan