Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Foto, Bernama.

Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia antaranya telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan peluang pelaburan tersebut wajar diteroka oleh syarikat seperti ConocoPhilips Company.

ConocoPhilips merupakan sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran tenaga terkemuka dunia beribu pejabat di Houston, Texas, Amerika Syarikat yang kini beroperasi di 13 buah negara dengan kira-kira 9,800 orang pekerja.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif ConocoPhilips Company Ryan Lance dan presiden ConocoPhilips Malaysia Lisa Bruner, di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa pertemuan itu Lance turut berkongsi perancangan syarikat tersebut terutamanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang telah dikenal pasti.

“Beliau menyatakan bahawa antara tarikan ConocoPhilips ke atas Malaysia adalah amalan tatakelola yang tinggi kerajaan berkaitan syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kami turut berbincang mengenai inisiatif peralihan tenaga yang merupakan usaha di peringkat global,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan