Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan meyakinkan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi waktu Malaysia. Foto FAM

Malaysia ikat Syria 2-2

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan meyakinkan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pada aksi tertutup di Stadium Grand Hamad itu, Malaysia yang menduduki ranking ke-130 dunia bermula garang apabila mendahului Syria dengan 1-0 menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Syria yang menghuni ranking ke-91 dan diundi dalam Kumpulan B, bangkit mengatur serangan demi serangan sehingga berjaya meraih dua gol menerusi Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar empat minit kemudian.

Skuad negara yang tidak berputus asa, terus mengatur serangan sebelum Pablo Josue muncul wira apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 dan keputusan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Malaysia sebelum ini pernah mencatat keputusan seri 2-2 menentang Qasioun Eagles dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, pada September tahun lepas.

Keputusan memberangsangkan skuad bimbingan Kim Pan Gon terus menyuntik semangat pasukan sebelum memulakan saingan Piala Asia 2023 secara rasmi pada 15 Januari ini.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Syria yang diundi dalam Kumpulan B akan berdepan Uzbekistan pada Ahad, diikuti Australia (18 Jan) dan India (23 Jan).

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan