Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan timur Sabah dan Sarawak pada Khamis dan Jumaat ini. Foto hiasan Envato

Hujan berterusan di timur Sabah, Sarawak Khamis dan Jumaat ini

ByBernama

KUCHING, 9 Jan: Hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan timur Sabah dan Sarawak pada Khamis dan Jumaat ini berikutan peningkatan kelembapan yang dibawa angin timuran ke kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“MET Malaysia juga telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan di Sarawak pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook MET Malaysia di sini, hari ini.

Muhammad menasihatkan orang  awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan