Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cadangan oleh seorang pelakon terkenal supaya membuka rumah pelacuran adalah tidak boleh diterima sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto hiasan, Envato.

Cadangan buka rumah pelacuran bertentangan dengan undang-undang, agama

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 Jan: Cadangan oleh seorang pelakon terkenal supaya membuka rumah pelacuran tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bahkan secara jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya menerusi kenyataan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan oleh seorang pelakon terkenal tanah air dalam sebuah podcast di laman sosial berhubung cadangan membuka rumah pelacuran kepada warga asing sebagai langkah mengurangkan kes rogol dalam negara.

Mengulas lanjut, Mohd Naim berkata, cadangan itu telah mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat memandangkan pelacuran merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut undang-undang di Malaysia.

“Dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan iaitu kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain,” tambahnya.

Tambah beliau, pelacuran merupakan jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud.

“Pelacuran juga merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574),” tambah Mohd. Naim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

BySalasiah Safian-