Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Pakan Sarikei, hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tiga sekeluarga cedera, dua kenderaan bertembung

SARIKEI, 8 Jan: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan, cedera apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pikap di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Pakan di sini, hari ini.

Insiden kira-kira 7.30 pagi itu mengakibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang duduk di bangku penumpang tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Sarikei manakala pikap itu pula dari arah bertentangan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada 7.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati seorang mangsa (wanita) masih terperangkap dalam kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi dilakukan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepadaa pihak paramedik sebagai tindakan lanjut.

Sementara itu katanya, tiga individu masing-masing berusia 27 hingga 61 tahun yang menaiki pikap tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi berakhir pada 8.50 pagi dan sebelum meninggalkan lokasi, kita juga melakukan pemeriksaan susulan bagi memastikan laluan berkenaan benar-benar selamat untuk dilalui kenderaan lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan