Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memastikan api padam sepenuhnya dalam kebakaran rumah teres di Jalan Buan, Bintangor, awal pagi ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Rasa bahang panas sebelum selamatkan diri

BINTANGOR, 8 Jan: Bahang panas mengejutkan tiga sekeluarga yang sedang nyenyak tidur dan terus bertindak menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan rumah teres jenis kekal di Jalan Buan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, kejadian itu disedari seorang penghuni sebelum bergegas mengejutkan yang lain.

Ujarnya, mangsa yang masing-masing berusia 34 hingga 67 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bomba dengan kekuatan lapan anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.55 pagi.

“Pasukan operasi bertindak menggunalan satu aliran kekili hos bagi tindakan pertama dan aliran hos 100 kaki untuk tindakan pemadaman yang selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nicholas, api berjaya dikawal pada 4.22 pagi sebelum dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

“Api dipercayai bermula dari ruang tamu rumah itu dan kejadian mengakibatkan 20 peratus kediaman mangsa terbakar.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan