Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

‘Raja Dadah Malaysia’ akan hadapi pertuduhan di Thailand – Ayob Khan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lelaki dikenali sebagai ‘Raja Dadah Malaysia’ yang ditahan di Laos baru-baru ini akan menghadapi pertuduhan di Thailand, dan tiada cadangan untuk beliau diekstradisi ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun berasal dari Perak yang berkahwin dengan wanita Thailand itu dipercayai telah melakukan kegiatan menyeludup dadah sejak sekian lama.

“Mana-mana rakyat Malaysia di luar negara dan melanggar undang-undang negara terlibat kita serah kepada negara berkenaan untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Biarlah lelaki itu hadapi pertuduhan di Thailand.. pihak berkuasa Thailand ada bukti mencukupi untuk ambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand kerana kesalahan menyeludup dadah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Dis lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan