Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama para penerima Sijil Peperiksaan Cambridge di Institut Teknologi Riam di Miri, hari ini. Foto TVS

Pelajar wajar miliki kemahiran berfikir secara analitik

MIRI, 8 Jan: Pemikiran analitik dan kemahiran penyelesaian masalah merupakan antara ciri-ciri pelajar yang perlu dilahirkan agar berupaya menyumbang terhadap pembangunan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata selain itu, pendidikan antara budaya dan menghormati pelbagai budaya tidak kurang penting disemai dalam sanubari pelajar.

“Pendidikan sangat penting. Apabila kita bercakap tentang pembangunan bakat, kita bercakap tentang pendidikan. Apabila kita bercakap tentang pendidikan, kita bercakap tentang pendidikan berkualiti.

“Pendidikan yang menyediakan pelajar kita bukan sahaja pendidikan akademik, tetapi kita juga memerlukan pendidikan praktikal.

“Dengan bermulanya tahun baru, semua sekolah telah dibuka semula bagi menerima pelajar yang lama dan baharu bagi membekalkan pendidikan berkualiti dan terbaik,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan  Cambridge di Institut Teknologi Riam di sini, hari ini.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata lagi, apabila mereka memperoleh pelbagai kemahiran penting melalui pendidikan berkualiti, ini juga akan membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan.

Seramai 12 pelajar menerima sijil peperiksaan Cambridge dengan lima daripadanya mendapat dua gred cemerlang manakala enam lagi mendapat keputusan cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan