Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Retno Marsudi ketika membentangkan laporan pencapaian diplomatik tahunan di Bandung, Jawa Barat hari ini menyentuh penyelesaian isu sempadan dengan Malaysia. Foto, TVS.

Indonesia, Malaysia bakal muktamadkan rundingan selama 24 tahun isu sempadan di Kalimantan

ByTVS

BANDUNG, 8 Jan: Indonesia dan Malaysia bakal memuktamadkan rundingan selama 24 tahun bagi tiga segmen sempadan darat termasuk di Kalimantan.

Tiga kawasan sempadan itu terletak di wilayah Kalimantan-Sabah membabitkan Pulau Sebatik, Sinapad-Sesai dan West Pillar-AA 2.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, kedua – dua negara yakin perkara itu dapat diselesaikan pada tahun ini.

“Selepas 24 tahun, akhirnya Indonesia dan Malaysia berjaya mencapai persetujuan supaya menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain yang merupakan prinsip yang mesti dihormati oleh semua negara, tanpa terkecuali,” katanya.

Marsudi berkata demikian ketika membentangkan laporan pencapaian diplomatik tahunan di Bandung, Jawa Barat hari ini.

Mengulas lanjut, Marsudi berkata, penyelesaian berkenaan memerlukan komitmen tinggi kerana kawasan rundingan membabitkan sempadan darat dan laut.

Namun kata beliau, perkara itu semakin ‘ke penghujungnya’ berikutan kedua – dua negara mahu mencapai penyelesaian.

Sebelum ini Perjanjian Indonesia-Malaysia berhubung dua segmen sempadan maritim di Laut Sulawesi dan selatan Selat Melaka dimeterai pada Jun 2023, selepas 18 tahun perbincangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan