Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah diramal mengalami hujan berterusan dari Khamis hingga Jumaat ini. Foto hiasan Envato

Hujan berterusan diramal di Pahang, Johor, Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 1 tengah hari tadi, hujan berterusan itu dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Amaran sama turut melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak yang diramalkan berlaku dari Khamis hingga Jumaat ini.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Menurut notis kesiapsiagaan operasi bencana yang dikeluarkan NDCC NADMA, JPBN dan JPBD juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan