Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petugas Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang membantu mengisi maklumat PADU di Pusat Ekonomi Digital, baru-baru ini. Foto fail Bernama

Hampir 800,000 telah berdaftar dengan PADU setakat semalam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) terus mendapat sambutan yang baik apabila seramai 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan sistem berkenaan setakat semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran di X hari ini menyatakan Selangor, Johor dan Sarawak menjadi negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.

Menurut statistik dikongsikan dalam infografik DOSM, seramai 182,943 individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor (85,975) dan Sarawak (72,775).

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan