Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang berjaga-jaga dan memantau murid-murid SK RC Kubong yang turun ke sekolah pagi ini. Foto: APM

Banjir: Sesi persekolahan SK RC Kubong seperti biasa

LIMBANG, 8 Jan: Sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong Limbang, berjalan lancar dan beroperasi seperti biasa hari ini walaupun terjejas banjir susulan hujan lebat yang berlaku pada petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata anggotanya telah diletakkan di kawasan itu dalam keadaan berjaga-jaga sejak malam tadi hingga pagi ini.

Selain sekolah itu, Kampung Bidang berhampiran sempadan Malaysia dan Brunei turut dinaiki air sejak malam tadi dan kini beransur surut, katanya ketika dihubungi.

“Hujan lebat berterusan pada petang semalam bermula lebih kurang 3 petang sehingga 7 malam mengakibatkan banjir di dua kawasan yang dikenalpasti iaitu SK RC Kubong dan Kampung Bidang.

Menurutnya, keadaan masih selamat dan terkawal setakat ini dan menasihati penduduk untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan