Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian. Foto: TVS

Tiada lagi alasan untuk bina rumah mampu milik di Sarawak – Dr. Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Jan: Cadangan mewajibkan pemaju menyediakan bayaran ‘deposit’ untuk membina rumah kos rendah bertujuan untuk mengelakkan mereka memberi pelbagai alasan tidak mahu membina rumah kategori itu di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah perumahan mampu milik yang tidak berkualiti di sini.

“(Menerusi peraturan ini) tidak ada alasan kerana mereka (pemaju sebenarnya) mampu membina rumah mampu milik tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya.

“Jadi, pendekatan yang diambil Premier Sarawak amat dihargai kerana dasar itu bakal menjadi kenyataan dan (undang – undang yang ) perlu dipinda dan akan melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bercadang untuk meminda peraturan yang mewajibkan pemaju projek perumahan swasta untuk membina 30 peratus rumah kos rendah dalam setiap projek mereka dengan menggantikan kaedah itu dengan bayaran yang setara dengan nilai peratusan berkenaan.

Ujar beliau, pemaju akan dicadangkan mendepositkan bayaran sebagai ganti ke dalam tabung amanah tanpa perlu melakukan kerja pembinaan.

Sementara itu, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, cadangan itu membolehkan dana yang telah dideposit oleh pemaju dalam tabung berkenaan akan digunakan oleh Kerajaan Sarawak untuk membina perumahan kos rendah bagi pihak pemaju.

“Dana itu akan digunakan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), mereka (pemaju) tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak dapat membina rumah mampu milik,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan