Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis masih menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat yang ditemukan di Pantai Rantau Abang, Dungun, semalam. Foto hiasan, Envato.

Mayat tanpa kepala di tepi pantai, polis tunggu keputusan bedah siasat

KUALA TERENGGANU, 7 Jan: Polis masih menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat yang ditemukan di Pantai Rantau Abang, Dungun, semalam.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mayat yang sudah reput dan tanpa kepala itu ditemukan oleh orang ramai di tepi pantai berkenaan pada pukul 5.15 petang.

Katanya mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti itu dipercayai seorang lelaki dan telah dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak sehingga ke kawasan pantai.

“Polis sudah menghantar mayat itu untuk dibuat bedah siasat dan kita akan maklumkan perkembangannya setelah keputusan diperolehi,” katanya.

Semalam Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir dilaporkan berkata, polis percaya lelaki berkenaan telah meninggal dunia kira-kira dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang reput dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Maizura turut meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan