Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong semasa menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat. Foto: TVS

MA63: Sarawak bakal tadbir sendiri bidang pendidikan

BINTULU, 7 Jan: Tiga perkara penting yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya dikembalikan kepada Sarawak dalam tempoh setahun.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, ia membabitkan hak autonomi pendidikan, kesihatan dan pelabuhan.

Kata beliau, perkara itu dilaksanakan ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

“Tiga perkara berkenaan bakal memberikan impak besar terhadap kuasa Sarawak bagi mengurus tadbir wilayah ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyatdi Rumah Ningkan, Jelalong Tubau di sini.

Pada November lepas, Wilson memaklumkan kepada Dewan Rakyat permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk persetujuan.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk menyerahkan Pelabuhan Bintulu

Berkenaan autonomi pendidikan, Wislon Ugak berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada tahun ini, sedang mengumpulkan kuasa autonomi pendidikan kepada Sarawak dan peruntukan akan disalurkan untuk perkara berkenaan.

“Maksudnya (selepas ini) Kerajaan Sarawak sendiri akan melantik Pengarah Pendidikan Sarawak di samping menentukan penempatan guru – guru.

“(Tuntutan) kedua (berkaitan autonomi kesihatan) sedang diatur (namun berdepan) sedikit masalah teknikal iaitu Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Jelas beliau, selagi kuasa KKM masih di bawah Kerajaan Persekutuan, Sarawak tidak (boleh) melantik sendiri doktor dan doktor pakar kerana perlu mendapat kelulusan KKM terlebih dahulu.

“(Namun selepas autonomi kesihatan dikembalikan kepada Sarawak), kita (Sarawak juga) berhak melantik doktor dan doktor pakar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan