Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di tapak Projek Penempatan Sungai Berdaun di sini, hari ini. Foto Mohamed Raffiq (TVS).

Tindakan tegas pada peneroka tanah kerajaan, jual lot kepada orang ramai – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 6 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada segelintir pihak mahupun individu yang menjual tanah kerajaan kepada rakyat.

Beliau mendedahkan kerajaan negeri berhadapan dengan isu aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah kerajaan secara haram oleh kumpulan tertentu terutamanya di kawasan bandar.

Jual tanah kerajaan, wujud campur tangan politik | TVS

Abang Johari mendedahkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pembeli mengalami kerugian ribuan ringgit ekoran terpedaya dengan tawaran harga jualan tanah yang murah dan pada sama kegiatan itu mencalar imej kerajaan negeri.

“Ada individu yang mengaku mempunyai kuasa memberi tanah kepada orang lain. Mereka ini menipu mengatakan ia tanah milik mereka dan menjual secara lot serendah RM5,000 atau RM10,000, tetapi sebenarnya ia tanah kerajaan.

“Saya minta Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mengeluarkan fakta dan sekiranya benar milik kita (kerajaan), maka kita terpaksa suruh mereka keluar. Ini menjadi masalah kerana masyarakat mengatakan kerajaan ambil tanah rakyat, walhal apa yang berlaku tanah itu bukan tanah dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di tapak Projek Penempatan Sungai Berdaun di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita mengenai tindakan yang diambil terhadap segelintir pihak terbabit, Abang Johari menegaskan undang-undang sedia ada berfungsi namun wujud campur tangan dalam kalangan ahli politik.

“Kita jangan tertipu, rujuk JTS dahulu. Contohnya, tanah Majlis Islam Sarawak di Kuching, ada individu yang menawarkan lot tanah di situ.

“Apabila saya tahu tanah Majlis Islam Sarawak kena sebegitu, saya mintak JTS atur semula dan mereka semua dah keluar,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari meminta supaya penghulu dan ketua masyarakat untuk berkejasama dengan JTS dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku di kawasan masing-masing bagi menangani kegiatan haram tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan