Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang. Foto PDRM

Mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan

ByBernama

ALOR GAJAH, 6 Jan: Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang di sini pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mayat itu ditemukan orang awam pada kira-kira 2 petang dan mangsa berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai dibunuh.

“Mayat mangsa tanpa pakaian ditemukan orang awam sebelum dilaporkan kepada polis dan siasatan di tempat kejadian dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama pihak Hospital Alor Gajah.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan telah mula mereput dan darah telah kering dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian dan mengenal pasti identiti mangsa.

Arshad berkata polis telah menjalankan ujian DNA melibatkan dua individu yang dilaporkan hilang bagi mendapatkan identiti mangsa namun negatif.

Sehubungan itu katanya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau individu terdekat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian O6-5562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan DSP Mohd Ali Hanafiah Hasim (019-9536277).

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan