Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa yang ditemui dari tapak tanah runtuh di daerah Kawashima di bandar Anamizu, wilayah Ishikawa. Foto AFP

Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100, 211 hilang

ByBernama

TOKYO, 6 Jan: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.

Seramai 211 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan sehingga Sabtu, menurut media tempatan memetik pihak berkuasa tempatan.

Bandar Wajima yang paling terjejas merekodkan 59 kematian manakala kira-kira 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gegaran susulan dilaporkan masih melanda wilayah terbabit.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mendedahkan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter melanda wilayah Noto pada 5.25 pagi waktu tempatan Sabtu pada kedalaman 10 kilometer.

JMA mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya berwaspada terhadap kemungkinan banjir lumpur susulan hujan dijangka melanda wilayah itu pada Sabtu.

Kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan teruk dengan kira-kira 24,000 isi rumah menghadapi gangguan bekalan elektrik dan 66,000 isi rumah terputus bekalan air di 14 bandar dan pekan setakat 8 pagi waktu tempatan Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan