Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain merakam gambar selepas sesi sidang media 'Akhbar Malaysia Charity Gala Night 2024' di Hotel Riverside Majestic Kuching. Foto TVS

SEDC, Korea perkasa pendidikan di Sarawak melalui ‘Generasi Hijau’

KUCHING, 5 Jan: Sarawak dan negara Korea bermatlamat memperkasakan sektor pendidikan menerusi inisiatif hijau di negeri ini dalam gerakanĀ ‘Generasi Hijau’.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain berkata,Ā inisiatif hijau tersebut akan memfokuskan kepada amalan kelestarian alam sekitar sejajar dengan usaha global untuk memerangi perubahan iklim.

Menurut beliau,Ā ‘Generasi Hijau’ merupakan sebuah gerakan yang didedikasikan untuk mempromosikan pendidikan tenaga hijau bagi memberi tumpuan kepada amalan mampan dan kesedaran alam sekitar.

ā€œPerbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan kerjasama OCIM Sdn Bhd bakal mengadakan Malam Gala Amal Malaysia-Korea pada 20 Januari 2024 di Putri Ballroom Resort Damai Lagoon, Santubong pada jam 7 malam.

ā€œIa bertujuan untuk memperkasakan pendidikan dan inisiatif hijau di Sarawak. Kedua-dua pihak juga turut menyumbang kepada Yayasan Ilmu Sarawak dimana hasil kutipan dana tersebut akan disumbangkan kepada dana biasiswa yang membolehkan individu yang layak melanjutkan pelajaran di Korea dan Sarawak sekali gus mempromosikan petukaran silang budaya,ā€ katanya.

Beliau berkata pada sidang media Akhbar Malaysia Charity Gala Night 2024 di Hotel Riverside Majestic Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur I Malam Gala Amal Malaysia-Korea Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz berkata, Malam Gala Amal tersebut berperanan penting dalam meningkatkan kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kelainan upaya dan fizikal di PERKATA Sarawak, menawarkan bantuan dan penjagaan yang amat diperlukan.

ā€œSetakat ini kita mempunyai tiga buah meja yang masih belum terjual pada harga RM30,000 sementara meja berharga RM20,000 dan RM50,000 masing-masing telah terjual semua,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, beliau menambah menerusi penganjuran itu, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan pihaknya mengendalikan beberapa perkara.

Beliau mendedahkam majlis berkenaan bakal dirasmikanĀ oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil dihiburkan dengan penyanyi tanah air dan Korea serta disajikan dengan hidangan antara dua budaya berkenaan.

Menurutnya antara penghibur yang dijadualkan ialah Alu-Alu Band dari Kampung Budaya Sarawak, Jaclyn Victor, OCI Dream Ensembles (kumpulan persembahan muzik klasik profesional OCI Dream orang kurang upaya dengan bakat muzik yang dibawa dari Korea).

Selain itu, majlis juga akan dihiburkan oleh kumpulan Nanta (persembahan bukan lisan yang menyepadukan irama Samulnori tradisional Korea), dan pemain utama, Kim DaHyun, penyanyi dan pelakon terkenal yang baru-baru ini membintangi K-drama terkenal yang dipanggil ‘Moving.

Turut hadir, Pengerusi SEDC, Tan Sri Aziz Husain, Presiden OCIM, Choi SungKil dan Penasihat OCIM, Dr. Kim Soo Yeon. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan