Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.  Gambar hiasan. Foto AFP

Mengiklan makanan halal tanpa miliki sijil adalah satu kesalahan – JAKIM

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Jan: Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SHPM.

Beliau berkata pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

“JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada pr_halal@islam.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan