Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menghulurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat Kampung Bintawa Hilir, Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Dr Abdul Rahman ikhtiar cari tempat tinggal mangsa kebakaran Kampung Bintawa Hilir

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 5 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sedang berusaha mencari penempatan sementara dengan kadar segera kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Bintawa Hilir.

Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan beberapa agensi kerajaan melihat bantuan lain yang dapat diberikan.

“Bantuan yang cuba kita salurkan adalah bagi memastikan keluarga ini mempunyai tempat tinggal dalam masa dua atau tiga hari ini.

“Saya akan berbincang dengan beberapa pihak untuk menyediakan penempatan mangsa. Ini termasuk perbincangan yang akan dilakukan bersama beberapa agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menyantuni mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

Buat masa ini, kesemua mangsa kebakaran itu ditempatkan di Dewan Masyarakat Kampung Bintawa Hilir, manakala sebahagian kecilnya memilih untuk menumpang di kediaman saudara-mara.

Menurutnya, pelbagai bantuan telah disalurkan Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Negara, Tabung Baitumal Sarawak, Jabatan Kebajikan Bahagian Kuching dan beberpa agensi yang lain kepada ketua isi rumah yang terlibat.

Kebakaran yang berlaku awal pagi tadi menyebabkan tujuh rumah musnah seratus peratus, manakala dua lagi musnah kira-kira 30 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, semua 44 orang penghuni selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan