Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nga Kor Ming berkata peruntukan itu meningkat RM84 juta berbanding RM700 juta yang digunakan pada 2023. Foto TVS

KPKT peruntuk RM784 juta bagi projek prasarana awam tahun ini

BUKIT MERTAJAM, 4 Jan: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM784 juta bagi melaksanakan projek-projek prasarana awam di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu meningkat RM84 juta berbanding RM700 juta yang digunakan tahun lalu melalui 5,196 projek bagi memastikan rakyat menikmati prasarana awam dengan selesa.

Katanya, komitmen KPKT juga adalah bagi memastikan semua prasarana awam berada dalam keadaan terbaik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Misi saya adalah untuk menyempurnakan 50,000 projek prasarana awam dalam tempoh 10 tahun iaitu bagi dua penggal pilihan raya.

“Ia supaya rakyat dapat betul-betul menikmati dan melihat perubahan positif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan acara penyampaian hadiah Pertandingan Rekabentuk Pasar Awam Bukit Mertajam Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)-Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Menara Bandaraya MBSP di sini.

Pertandingan bagi pembinaan semula pasar awam berusia kira-kira 50 tahun yang terbabit kebakaran pada Februari 2014 itu melibatkan 75 penyertaan daripada arkitek tempatan.

Sementara itu, kata Kor Ming, kementeriannya akan memperluaskan kaedah pemilihan reka bentuk melalui pertandingan sedemikian bagi proses naik taraf atau pembinaan semula pasar-pasar awam terpilih di seluruh negara.

“KPKT akan sedikan RM110 juta dana khas untuk menaikkan taraf pasar-pasar awam ini dengan modus operandi sama seperti pembinaan semula Pasar Bukit Mertajam ini iaitu melalui pertandingan terbuka.

“Hasil cetusan idea arkitek tempatan ini akan menampilkan ciri-ciri istimewa yang berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan