Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited dalam usaha menambah baik aspek pengurusan pekerja asing di negara ini. Foto hiasan Bernama

KDN, KSM komited tambah baik aspek pengurusan pekerja asing – Saifuddin Nadution

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited dalam usaha menambah baik aspek pengurusan pekerja asing di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu melibatkan ruang lingkup bersama kedua-dua kementerian itu dibincangkan ketika pertemuannya dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong di Putrajaya pada Rabu.

Beliau berkata turut dibincangkan berkenaan kes eksploitasi pekerja asing.

“Pertemuan petang tadi memfokuskan isu yang melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan KSM iaitu hal pengurusan pekerja asing.

“Isu hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing menjadi topik serius yang dibincangkan, selain perancangan masa depan bagi 2024 terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Saifuddin Nasution berkata pertemuan itu juga menyentuh beberapa hal lain berkaitan yang diperincikan, dengan kedua-dua mereka bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan terhadap persoalan berbangkit.

Sebelum ini, Sim dilaporkan berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu pekerja asing dalam masa terdekat termasuk cadangan meletakkan urusan berkaitan golongan itu di bawah satu kementerian sahaja.

Beliau juga telah meminta mengadakan pertemuan dengan Saifuddin Nasution bagi membincangkan tentang dasar dan operasi pekerja asing di Malaysia secara terperinci terutamanya berkenaan bidang kuasa kedua-dua kementerian, sebelum pengumuman mengenainya dibuat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan