Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah banyak membawa perubahan serta manfaat besar yang dapat dinikmati warga Sarawak. Foto TVS

Inisiatif Abang Johari bawa perubahan besar, manfaatkan anak Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 Jan: Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah banyak membawa perubahan serta manfaat besar yang dapat dinikmati warga Sarawak.

Rata-rata orang ramai berkata sejak Abang Johari memegang tampuk kepimpinan negeri pada 2017, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.

Menurut Penyelia Restoran Makanan, Roslan Bin Kawi, beliau berasa bangga sebagai rakyat Sarawak kerana kepimpinan kerajaan negeri sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyatnya.

“Bantuan subsidi elektrik banyak meringankan beban kami sebagai peniaga, saya bersyukur sebagai rakyat Sarawak.

“Terima Kasih kepada pimpinan Abang Johari kerana telah banyak memberi bantuan semenjak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 lagi,” katanya menerusi tinjauan TVS di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai bantuan khas kewangan bagi kelahiran bayi, ada yang menyifatkan ia sebagai bantuan yang berpandangan jauh dalam membantu anak muda melanjutkan pengajian tinggi apabila usia mereka mencecah 18 tahun.

Peniaga gerai, Dayang Saibah Awang Jamali berkata, usaha itu bertepatan dalam memabntu golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Saya rasa bersyukur kerana pada zaman ini semua Abang Johari dapat sediakan untuk warga Sarawak, misal kata pada masa akan datang anak cucu saya nak sambung belajar pun dah tak perlu risau,” katanya.

Senada dengan Dayang Saibah, pembantu kedai, Ahmad Hamid menyifatkan usaha kerajaan Sarawak dalam membangunkan modal insan bertepatan, sesuai dengan keperluan masa kini.

“Apabila anak saya sudah besar nanti ia boleh memberi manfaat kepada anak saya nanti,” ujarnya.

Pesara kerajaan, Morshidi Abang pula menyatakan, kepimpinan kerajaan Sarawak dalam memenuhi aspirasi rakyatnya diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.

“Itulah tujuan kerajaan, membantu rakyat di setiap lapisan masyarakat, sangat dialu-alukan,” katanya.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan kestabilan politik di Sarawak mendorong dalam kelancaran projek-projek pembangunan infrastruktur.

Antara lainnya, ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang kini hampir siap sepenuhnya.

Menurut pengurus restoran, Shima Mohd Nor yang berasal dari Daro, kini segala urusan balik ke kampung menjadi mudah dengan adanya kemudahan Lebuhraya Pan Borneo.

“Sebelum ini saya nak balik ke Sibu agak susah lah sebab jalan agak kurang baik, tapi bila sudah ada Pan Borneo memang sangat membantu dan mengurangkan atau telah memendekkan masa perjalanan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan