Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi dan juga pelakon veteran Sarawak Safar Ghafar. Foto: TVS

Safar Ghafar ‘Ros Kalas’, bakal lahirkan lagu ketuhanan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 3 Jan: Penyanyi dan juga pelakon veteran Sarawak, Safar Ghafar yang pernah sensasi sekitar tahun 80-an bakal tampil dengan lagu terbaharu berkonsepkan ketuhanan yang akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Safar yang juga naib juara rancangan realiti Bintang RTM pada tahun 1983 itu berkata, hasratnya melahirkan lagu berunsur ketuhanan itu didorong atas semangat untuk memperluaskan lagi genre nasyid dalam industri muzik Sarawak.

“Memandangkan usia kita semakin lanjut, jadi ada baiknya kita melangkah ke arah lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan.

“Dan saya menyeru juga kepada mereka (penyanyi) yang seusia dengan saya untuk berkarya dengan lagu-lagu nasyid.

“Ini kerana kita ingin mengembangkan lagi industri nasyid di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita baru- baru ini.

Dalam pada itu, Safar yang juga Pengerusi Persatuan Kesenian, Nadi Kreatif Sarawak juga merancang untuk menganjurkan festival kesenian Melayu Islam bagi memartabatkan lagi industri berkenaan di negeri ini.

“Saya ingin mengembalikan kesenian Melayu Islam seperti nasyid, dakwah, Tahtim dan juga Ratib Saman harus diketengahkan”. ujarnya lagi.

Untuk rekod, sepanjang kariernya Safar pernah menghasilkan sebanyak tiga buah album, selain pernah menerima anugerah pingat daripada Kerajaan Negeri Sarawak seperti Ahli Bintang Sarawak (ABS), Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.), Tokoh Permata Kenyalang dan Anugerah Memperingati Jubli Perak. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found