Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Foto: Fahmi Fadzil (FB)

Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 Jan: Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan, berkata walaupun proses itu dijangka mengambil masa namun ia perlu dilakukan agar menepati objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Perpaduan.

“Perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas yang selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk dilaksanakan oleh agensi termasuk J-KOM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas syor Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar jabatan itu dirombak dan dipimpin oleh individu yang kompeten susulan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop mengenai ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan adalah gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

J-KOM, yang ditubuh pada 1 Feb 2021, sebelum ini di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri serta memainkan peranan mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Fahmi turut mengulas dakwaan Ismail mengenai Langkah Dubai.

“Saya difahamkan ia bukan kenyataan rasmi tetapi ia adalah mesej yang disebar dalam kumpulan WhatsApp. Jadi beberapa perkara perlu diselaras semula untuk pastikan isu sebegini tidak berulang di masa hadapan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ismail. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan