Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada sebarang penemuan mayat atau rangka manusia di dalam perut buaya yang ditangkap di Samariang Aman malam tadi. Foto Facebook Sarawak Forestry Corporation

Tiada penemuan rangka manusia dalam perut buaya ditangkap di Samariang Aman – SFC

BySalasiah Safian

KUCHING, 2 Jan: Tiada sebarang penemuan mayat atau rangka manusia dijumpai dalam perut buaya yang berjaya ditangkap di Lorong 2C Samariang Aman di sini, jam 10.30 malam tadi.

Menurut Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan di laman facebook rasminya, bedah siasat telah dijalankan oleh pakar dari SFC.

“Proses bedah siasat oleh pakar dari SFC hari ini telah menemui plastik sampah, sampah sarap dan sisa haiwan termasuk ayam yang digunakan sebagai umpan di dalam perut buaya berkenaan.

“Buaya jantan itu dianggar sepanjang 3.3 meter dengan anggaran berat 250 kilogram,” katanya.

Sehubungan itu, pihak SFC sekali lagi menyeru semua komuniti yang tinggal berhampiran sungai untuk tidak menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah kerana ia akan mengundang kehadiran buaya di kawasan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan