Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Zulkifli Suhaili (tengah) pada sidang media di IPD Sibu hari ini. Foto TVS

Polis buru 2 suspek lepas tembakan di kedai kopi di Sibu

SIBU, 2 Jan: Polis sedang giat mengesan dua suspek terlibat dalam kes tembakan di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Hou di sini, yang berlaku sekitar jam 5.41 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan meminta masyarakat agar tidak mensensasikan kes tersebut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan kita telah membentuk satu pasukan khususnya di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk melihat pelbagai sudut terutama dari segi motif kejadian,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian agar tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati seramai tiga mangsa lelaki berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun telah terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek yang menaiki motosikal dan belum dikenal pasti identiti mereka hingga kini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, keadaan ketiga-tiga mangsa kini stabil dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa bersama tiga lagi rakannya yang juga saksi kejadian hendak ke gym dan sebelum itu mereka telah minum bersama.

“Mangsa yang pertama terdapat tiga kesan tembakan iaitu di paha sebelah kiri dan satu lagi di paha sebelah kanan dan kaki sebelah kanan, manakala mangsa yang kedua cedera di bahagian bahu kiri dan mangsa yang ketiga di bahu sebelah kanan,” jelasnya.

Beliau berkata,tiga lagi rakan lain yang juga di tempat kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan,”

Menurutnya, hasil semakan pihak polis, dua mangsa mempunyai rekod lampau jenayah di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan pada tahun 2017, manakala tiga rakannya lain mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 2013 dan 2017

Kes di siasat di bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan iaitu cubaan membunuh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan