Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang mayat lelaki ditemui dalam keadaan terlentang dalam kawasan semak dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan

Mayat lelaki ditemukan dalam semak di Kampung Selang Laut

ByMuqri Aziz

KUCHING, 2 Jan: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terlentang di kawasan semak di Kampung Selang Laut, Telaga Air, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kęs itu jam 9.30 malam.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat seorang lelaki dijumpai di kawasan semak dalam keadaan terlentang dan dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang dua hari lalu.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk bedah siasat dan kes di siasat sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh mangsa dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini tampil bagi membantu siasatan polis,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082- 862233 atau Inspektor Shahrul Hafizy, Ketua Polis Balai Batu Kawa di talian 013- 2299699. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan