TOKYO, 2 Jan: Lima anak kapal Pengawal Pantai Jepun terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki berlanggar dengan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin, lapor penyiar awam NHK memetik Pengawal Pantai Jepun.
Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airline berjaya diselamatkan.
Pesawat itu, yang mengendalikan penerbangan 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo, bertembung dengan pesawat pesawat Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, lapor penyiar awam NHK, memetik Japan Airlines.
Anggota bomba masih berusaha memadamkan api, katanya.
Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.
Menurut kementerian pengangkutan, akibat pelanggaran itu, semua landasan di Lapangan Terbang Haneda kini ditutup.