Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Hilang berburu, mayat ditemui terapung di sungai

BINTANGOR, 2 Jan: Seorang lelaki yang hilang ketika berburu di hutan berhampiran rumah panjangnya ditemui meninggal dunia di Sungai Ipoh, hari ini.

Mayat Luju Jugie, 49, dijumpai oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencarinya pada kira-kira 3.00 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba, Nicholas Belulin berkata, laporan kehilangan lelaki itu dibuat oleh isterinya di Balai Polis Pakan, pada Ahad lalu sebelum operasi pencarian ke atasnya dilancarkan.

“Mangsa dilaporkan keluar dari rumah panjangnya kira-kira jam 9.00 pagi sebelum memasuki hutan seorang diri.

“Bagaimanapun, dia tidak kembali ke rumah sehingga lewat petang. Bimbang dengan keselamatannya isteri mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nicholas, operasi SAR yang turut disertai pasukan polis, RELA dan penduduk kampung itu dilakukan dengan menyelusuri kawasan denai dipercayai lokasi mangsa berburu.

Bagaimanapun pencarian itu katanya, gagal sehingga mayat mangsa ditemui terapung di Sungai Ipoh iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah panjangnya.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut. Berikutan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan