Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Sarawak menuju era kemajuan lebih cemerlang

KUCHING, 31 Dis: Kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membawa Sarawak ke era yang lebih maju.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kemajuan yang dicapai pada masa kini dipacu oleh perpaduan dan keharmonian warga Sarawak berbilang kaum dan agama.

Sarawak menuju era kemajuan lebih cemerlang – Tun Taib | TVS

“Pencapaian pembangunan pada tahap sekarang merupakan hasil perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat dan pengurusan sumber secara efektif meskipun berhadapan pelbagai cabaran,” katanya menerusi perutusan sempena Tahun Baharu 2024.

Era Sarawak maju dapat dibuktikan menerusi pertambahan dana menerusi Belanjawan Sarawak 2024 berjumlah RM12.4 bilion berbanding RM10.8 bilion pada tahun ini.

“Ini merupakan antara pencapaian hebat yang dicapai Sarawak. Kita berharap Sarawak akan terus makmur pada tahun-tahun mendatang,” ujarnya.

Tun Taib berkata lagi, harus dibanggakan juga apabila data Bank Dunia menunjukkan Sarawak mencapai status negeri berpendatan tinggi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita lebih RM61,667.

Data ini jelasnya menunjukkan polisi Kerajaan Sarawak berjaya mencapai objektif.

Berdasarkan perkembangan positif ini dan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, beliau yakin Sarawak berupaya mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

“Menerusi PCDS 2030, Sarawak akan terus memberi tumpuan terhadap industri pembuatan, pertanian, pelancongan, perhutanan dan perlombongan menerusi transformasi digital, inovasi, pendidikan dan tenaga diperbaharui dan hijau,” jelasnya.

Masa depan Sarawak bergantung dengan keupayaan rakyat dan komitmen berterusan. Semua warga Sarawak mempunyai peranan penting bagi memastikan negeri ini berupaya mencapai kemajuan dan kemakmuran membanggakan pada masa hadapan.

“Semua kita mesti terus komited dan fokus dengan bekerja lebih gigih dalam mencapai matlamat pembangunan. Komitmen dari setiap lapisan masyarakat akan memberi kekuatan menghadapi cabaran,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan