Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengunjung banjiri Kampung Budaya, saksi persembahan sulung Nidji di Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 31 Dis: Peminat kumpulan pop sensasi Indonesia membanjiri Kampung Budaya Sarawak (KBS) bagi menyaksikan persembahan sulung kumpulan pop terkemuka Indonesia, Nidji.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Laskar Pelangi tersebut teruja melihat sambutan luar biasa warga Kuching meskipun ini merupakan persembahan sulung kumpulan tersebut di Sarawak.

“Kuching luar biasa!” kata vokalis kumpulan, Muhammad Yusuf Nur Ubay atau lebih dikenali Ubay.

Nidji merupakan antara barisan artis Indonesia yang dijemput untuk membuat persembahan konsert Borneo SarxIndo yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.

Pengunjung digegarkan dengan persembahan lagi popular mereka seperti Laskar Pelangi, Biarlah, Hapus Aku dan banyak lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan