Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah. Foto AFP

Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit

ByBernama

GAZA, 31 Dis: Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.

Perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan sudah sekian lama terbeban dan gelombang pemindahan baharu yang diarahkan tentera Israel telah menjadikan tugas mereka lebih sukar.

Jangkitan pernafasan dan cirit-birit adalah antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosial X pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kira-kira 180,000 orang menderita jangkitan pernafasan manakala lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Terdapat juga lebih 55,000 kes kutu dan kudis.

Menurut OCHA, Tabung Kanak-kanak PBB telah menghantar 600,000 dos vaksin ke Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak menerima imunisasi rutin pada tahun depan walaupun dilanda perang. Imunisasi itu, termasuk difteria, tetanus dan batuk kokol.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan