Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Pelajar terjejas banjir dibenar pakai pakaian biasa ke sekolah – JPNT

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 30 Dis: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa apabila sesi persekolahan bermula pada 2 Jan ini.

Timbalan Pengarah JPNT (Sektor Pengurusan Sekolah) Azman Othman @ Abdullah berkata pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi mangsa banjir dan akan berusaha untuk meringankan beban mereka.

Sehubungan itu beliau menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak mereka tetap hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa untuk sementara waktu.

“Saya ingin berpesan kepada mana-mana murid yang terkesan dengan banjir supaya hadir ke sekolah walaupun dalam keadaan berpakaian biasa sekiranya pakaian mereka musnah semasa banjir.

“Begitu juga jika alat tulis atau buku rosak, mereka tidak perlu bimbang… cuma hadir ke sekolah. Sekiranya buku teks musnah boleh lapor kepada guru kelas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Azman berkata operasi pembersihan sekolah yang terjejas banjir sedang giat dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dengan bantuan komuniti setempat.

Beliau berkata banjir gelombang ketiga yang bermula 24 Dis lepas telah menjejaskan 32 sekolah terutama di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

“Selain itu, lima lagi sekolah masih beroperasi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Ia termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau; SK Tanjung Pati; SK Padang Pulut; SK Delong di Dungun dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Marang,” katanya.

Setakat 10 pagi tadi, keadaan banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 733 mangsa daripada 198 keluarga masih berasa di 13 buah PPS di daerah Marang, Kuala Nerus dan Dungun, menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan