Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pangkalan hadapan di Sarawak sudah dilengkapi persiapan banjir – Fatimah

KUCHING, 30 Dis: Semua pangkalan hadapan terutamanya di kawasan luar bandar kini siap siaga dengan semua keperluan bagi persediaan menghadapi bencana banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak telah pun membekalkan kesemua 29 buah pangkalan hadapan tersebut dengan bekalan makanan kering yang dapat dimanfaatkan sekiranya berlaku bencana di kawasan terlibat.

“Apabila banjir berlaku, kesegeraan itu sangat penting, jadi dengan sebab itu kita nak pastikan mereka ini tidak putus makanan walaupun dari segi jarak dan kebolehcapaian ke kawasan berkenaan adalah sukar.

“Namun dengan adanya pengkalan hadapan ini maka bekalan makanan itu akan dapat terus diagihkan kepada mereka sebab ianya sudah ada di kawasan yang dilanda bencana banjir itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan persediaan menghadapi banjir di Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut di sini hari ini.

Menurut Fatimah, fokus pembekalan keperluan untuk menghadapi bencana banjir tertumpu di kawasan selatan dan barat Sarawak sebelum ia dilakukan untuk ke kawasan tengah dan utara negeri ini.

Jelasnya berikutan kawasan tersebut diramal akan menerima taburan hujan signifikan yang boleh mengakibatan bencana banjir sehingga penghujung Februari depan sebelum ia berubah ke kawasan tengah dan utara Sarawak.

Beliau menambah ketika ini terdapat satu depoh simpanan bekalan yang bertindak untuk menyedia dan membekalkan semua keperluan di 627 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Sarawak.

Jelasnya, depoh simpanan tersebut mampu menyimpan sejumlah 420 tan metrik kepeluan-keperluan bagi menghadapi bencana banjir yang merangkumi bekalan makanan kering, khemah, tilam, selimut dan peralatan-peralatan bagi keperluan kebersihan.

“Ketika ini kita ada satu sahaja depoh simpanan tersebut iaitu di Kuching dan kita akan mohon untuk diadakan dua lagi depoh serupa untuk di tempatan di Zon Tengah dan Zon Utara Sarawak,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan