Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Radzi Omar berkata penganjuran pelbagai acara besar adalah untuk mendorong kemasukan lebih ramai pelancong. Foto TVS

MOTAC rancang pelbagai acara bertaraf antarabangsa pada 2024

BINTULU, 30 Dis: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) merancang pelbagai acara bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara MOTAC, Mohd Radzi Omar.

Menurutnya, penganjuran pelbagai acara besar adalah untuk mendorong kemasukan lebih ramai pelancong yang sejajar dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sehubungan itu, MOTAC sedang dalam proses memuktamadkan pengisian kalendar pelancongan Malaysia pada 2024 dengan pelbagai acara besar.

“Program-program yang kita telah rancang untuk tahun hadapan dengan skala besar secara keseluruhan ada lebih kurang dalam enam ke tujuh dibawah MOTAC.

“Antaranya Citrawarna Malaysia, Festival Gendang Antarabangsa, Festival Tarian Singa,” katanya ketika ditemui di tapak Festival MOTAC@Bintulu, Lapang Lasar Kenyalang Bintulu di sini, hari ini.

Selain itu, MOTAC juga merancang untuk mengadakan acara di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan iaitu Minggu Budaya Malaysia (MBM) di China.

Dengan kepelbagaian acara yang dianjurkan secara tidak langsung dapat mempromosikan seni dan budaya serta menggalakkan kedatangan pelancong.

“Kita mengharapkan kedatangan pelancong ke Malaysia pada tahun 2024. Insya-Allah akan meningkat sehingga ke 2026, iaitu Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan