Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kemukakan keputusan PSB sertai PDP kepada Presiden GPS dahulu – Abdul Karim

ByNazirah Adlina

KUCHING: Cadangan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bergabung dengan Parti Demokratik Progressif (PDP) perlu dikemukakan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terlebih dahulu.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu tidak harus dibuat secara bersendirian.

“Sebelum ini PSB merupakan lawan kita dan sekarang mereka mahu bergabung. Kalau kita dalam apa-apa gabungan, kita perlu maklumkan dengan Pengerusi (GPS) terlebih dahulu serta ahli didalamnya.

“Jangan buat keputusan secara persendirian. Dengan cara itu, semangat persefahaman dalam GPS akan lebih kukuh,” kata beliau.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui oleh media pada raptai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, di sini, semalam.

Sementara itu beliau turut menyifatkan hasrat PSB untuk bergabung dengan PDP mencerminkan perpaduan negeri ini.

“Saya berpendapat cadangan ini menunjukkan perpaduan. Apabila rakyat Sarawak bersatu, sama ada melalui parti atau cara lain, kita alu-alukan,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa memaklumkan pembubaran PSB yang dijangka akan berlaku sebelum sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Katanya keputusan itu ekoran PSB yang akan berada di bawah payung besar PDP dan menjadi sebahagian daripada GPS.

Namun, GPS menidakkan kenyataan itu dengan menyatakan GPS belum beri ‘lampu hijau’ atau kebenaran untuk parti itu menyertai PDP kerana masih belum ada sebarang persetujuan antara kedua pihak dan juga perbincangan dalam GPS menyentuh isu terssebut.

Dalam pada itu, PDP baru-baru ini telah menyatakan parti itu bersedia untuk menerima PSB dengan syarat tidak melanggar Akta Anti Lompat Parti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan