Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama para penderma darah pada Program Derma Darah anjuran Hospital Miri di Miri, hari ini. Foto TVS

Hospital Miri menerima bekalan darah 8,000 pain sepanjang 2023

MIRI, 30 Dis: Hospital Miri menerima bekalan darah sebanyak 8,000 pain menerusi aktiviti derma darah sepanjang 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata bekalan darah tersebut juga telah diberikan kepada hospital lain di Sarawak dan Sabah serta Semenanjung apabila ada permintaan.

“Mengikut pegawai yang bertanggungjawab di Bank Darah Hospital Miri, ada darah yang dihantar ke hospital seperti daerah Marudi, Limbang, Lawas dan Kuching apabila mereka kekurangan darah termasuk Hospital Sabah dan Tawau.

“Ada juga darah jenis jarang yang kadangkala ada permintaan dihantar ke Semenanjung,” katanya semasa ditemui pada Program Derma Darah anjuran Hospital Miri dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri dan Persatuan Alumni St Joseph Miri di sini, hari ini.

Tambahnya, sasaran Hospital Miri pada tahun 2024 ialah 10,000 pain darah bagi menampung keperluan para pesakit terutamanya apabila projek pembesaran hospital siap.

“Saya berharap sambutan baik begini akan berterusan kerana pada tahun akan datang apabila projek pembesaran Hospital Miri siap, kita memang memerlukan lebih banyak darah kerana katil-katil hospital akan ditambah,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan