SERIAN, 30 Dis: Dua sekolah mubaligh di sini menerima peruntukan dana RM128,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata dana ini akan digunakan bagi menaik taraf dan membiayai kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Tangga dan SK St Henry Selabi.
“Penambahan peruntukan untuk UNIFOR dari RM100 juta pada tahun ini kepada RM110 juta pada tahun depan menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan dana kepada wakil-wakil lembaga pengurusan sekolah berkenaan di sini, hari ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan terhadap badan-badan dan institusi keagamaan di Sarawak. – TVS