Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Korea Selatan akan melancarkan visa "cuti sambil kerja" atau “workation” tahun depan bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh. Foto hiasan Envato

Korea Selatan perkenal visa “workation” untuk warga asing berpendapatan tinggi

ByBernama

SEOUL, 29 Dis: Kerajaan Korea Selatan akan melancarkan visa “cuti sambil kerja” atau “workation” tahun depan bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh, lapor Yonhap memetik Kementerian Kehakiman pada Jumaat.

Di bawah program perintis yang bermula 1 Jan itu, kementerian akan mula mengeluarkan visa “nomad digital” atau “workation” kepada warga asing yang mempunyai pengalaman kerja lebih setahun dalam industri sama dan mereka yang layak bekerja jarak jauh termasuk ahli keluarga mereka.

Pemohon dikehendaki mempunyai pendapatan tahunan dua kali ganda berbanding pendapatan negara kasar per kapita Korea Selatan sebelum memohon visa terbabit.

PNK per kapita Korea Selatan ialah 42.48 juta won (US$33,002) pada tahun lepas.

Pemohon juga perlu mempunyai insurans perubatan meliputi lebih 100 juta won untuk rawatan perubatan dan yuran penghantaran pulang, menurut kementerian itu.

Pelancong dengan visa terbabit tidak boleh diupah atau terlibat dalam sebarang aktiviti mengaut keuntungan sepanjang tinggal di Korea Selatan.

Visa berkenaan sah selama setahun dan boleh dibaharui sehingga dua tahun serta boleh dikeluarkan di kedutaan Korea Selatan.

Mereka yang kini menetap di negara itu menggunakan visa sementara juga boleh memohon jika memenuhi syarat.

Kementerian Kehakiman memaklumkan pengeluaran visa “workation” dijangka dapat mendorong ekonomi tempatan dan memberi peluang mempromosikan budaya dan keindahan negara.

Sebelum ini, warga asing yang ingin bekerja jarak jauh semasa tinggal di negara ini perlu mendapatkan visa pelancong atau penginapan mereka dihadkan kepada 90 hari tanpa visa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan