Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.. Foto Bernama

Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini

ByBernama

PADANG BESAR, 29 Dis: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata barang rampasan yang merekodkan nilai tertinggi ialah kenderaan dengan jumlah rampasan bernilai RM3,050,510 membabitkan nilai cukai RM2,667,799 diikuti dengan rampasan dadah RM1,844.306.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pihaknya berjaya merampas rokok seludup bernilai RM222,059 (nilai cukai dianggarkan RM593,407), minuman keras RM127,543 (cukai RM264,300) dan lain-lain komoditi bernilai RM718,024 (cukai RM327,382).

“Rampasan minyak petrol dan diesel berjumlah RM16,902.43 manakala minyak masak merekodkan nilai rampasan RM4,117.50,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar di sini hari ini.

Ismail berkata antara modus operandi yang dipercayai kerap kali digunakan untuk aktiviti penyeludupan itu adalah dengan menyembunyikan barang kes di bawah longgokan kertas selain menyembunyikan barangan diseludup itu dalam timbunan pakaian yang diletakkan dalam bagasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan