Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas, Kelantan hari ini. Foto Bernama

Peruntukan RM50 juta untuk mangsa banjir Kelantan – PM

ByBernama

PASIR MAS, 28 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada mangsa banjir di Kelantan yang terjejas akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lepas.

Beliau berkata setiap keluarga akan menerima RM1,000 manakala bantuan tambahan akan dibuat berdasarkan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

“Bagi mangsa yang di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan lain, kita luluskan dengan peruntukan awal melalui Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) RM50 juta itu, terus kepada penduduk atau keluarga terlibat.

“Insya-Allah kita akan lebih kurang, kerana telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan tadi (bahawa) ada keluarga yang dah tiga kali hadapi masalah banjir dan kerosakan yang sangat berat dihadapi, itu insya-Allah kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama (A) Lati di Kampung Banggol Manok, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Dr Ahmad Anuar Othman.

Setakat 3 petang ini, PPS SMK (A) Lati menempatkan 700 mangsa daripada 218 keluarga daripada kawasan Gual Mesa, Taman Alia Puteri, Berangan Ampan Kepas dan Taman Kelapa Wangi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan