Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengkaji semula dasar kuota diesel dan petrol RON95 bersubsidi di Sarawak.. Foto fail TVS.

KPDN digesa semak semula kuota subsidi diesel di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa agar mengkaji semula dasar kuota diesel dan petrol RON95 bersubsidi di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata pihak berkaitan harus melakukan kajian semula dasar kuota itu bagi memastikan perkhidmatan penting seperti sektor pengangkutan dan logistik tidak terjejas bagi memenuhi permintaan pengguna.

Semak semula kuota subsidi diesel di Sarawak – Tiang | TVS

“Nampaknya kuota baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya tidak membantu dalam memastikan bekalan diesel mencukupi ke stesen minyak terjejas terutamanya di wilayah tengah Sarawak.

“Kekurangan ini telah mengganggu operasi semua pengangkut yang bersusah-payah mendapatkan diesel dari satu stesen minyak ke stesen minyak yang lain,” katanya kepada TVS hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata demikian susulan menerima laporan daripada pengusaha stesen minyak di Sibu, Selangau dan Tatau yang memaklumkan kekurangan diesel didakwa berpunca daripada dasar baharu yang ditetapkan oleh kerajaan pusat mengenai kuota diesel bersubsidi di seluruh negara.

Ekoran daripada itu, menurutnya sesetengah pemandu lori terpaksa memberhentikan perniagaan mereka kerana ketiadaan diesel.

Semalam, PETRONAS Dagangan Berhad mendedahkan beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel dan isu ini dijangka berterusan sehingga Ahad ini, 31 Disember 2023.

Sebagai alternatif, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menasihati pengguna untuk mendapatkan bekalan minyak diesel di stesen minyak Shell atau PETROS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan