Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto fail Bernama.

JPNIN bantu penduduk terkesan banjir di pantai barat Malaysia

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 Dis: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah dikerah bagi membantu penduduk di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang terkesan akibat banjir.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata pihaknya juga pada masa sama akan memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup komuniti semasa dan pasca bencana banjir.

Menurutnya sebanyak lima buah KRT telah terjejas banjir dengan bilangan mangsa yang terlibat ialah seramai 450 orang daripada 198 buah keluarga.

“Bagi tujuan pemantauan mangsa bencana banjir, saya telah mengarahkan semua jentera perpaduan di peringkat negeri dan daerah/bahagian iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Skuad Uniti (SU) agar mengemukakan laporan dan butiran lengkap bagi mangsa banjir di kawasan terjejas.

“KPN juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM135,000 kepada 12 buah pejabat JPNIN Negeri bagi persiapan gerak kerja pasca banjir seperti program RT Cares, Dapur Komuniti KRT, aktiviti pembersihan lokasi terjejas banjir, ziarah perpaduan dan gerak kerja lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti yang terjejas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Aaron juga berkata KPN akan terus memantau keadaan di kawasan yang terjejas banjir.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada KRT yang terkesan akibat banjir agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan