Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga emas meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sibu selepas kereta yang dipandunya merempuh pintu restoran makanan segera KFC di stesen minyak Jalan Ling Kai Cheng pagi tadi. Foto BSPT IPD SIBU

Tertekan pedal minyak, warga emas rempuh pintu KFC meninggal dunia di Hospital Sibu

SIBU, 26 Dis: Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas sebelum tertekan pedal minyak hingga kereta dipandunya merempuh pintu sebuah restoran makanan segera, KFC di stesen minyak Jalan Ling Kai Cheng di ,sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki berusia 90 tahun itu dilaporkan telah mengalami masalah kesihatan di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga baharu sahaja selesai mengisi minyak dan ingin meneruskan perjalanan.

“Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas selepas mengisi minyak dan tertekan pedal minyak sehingga kereta dipandunya bergerak ke hadapan dan merempuh pintu KFC.

“Pekerja stesen minyak kemudian membuka pintu kereta dan mendapati seorang pemandu lelaki warga sedang dalam keadaan sesak nafas,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya orang awam yang berada di lokasi kemudian membantu menghantar mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sibu pada jam 10.16 pagi tadi,” katanya.

Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan